BATU KURAU ECO RUN 2019

Batu Kurau merupakan salah sebuah mukim di daerah Larut Matang yang terletak kira-kira 20 Km dari Bandar Taiping. Batu Kurau boleh dilawati dengan melalui Jalan Besar dari Kamunting ke Batu Kurau atau dari Selama melalui Jalan Redang Panjang atau Jalan Pondok Tanjung ke Batu Kurau.

Batu Kurau terkenal dengan penghasilan BUAH DURIAN yang mempunyai gred tinggi, rasa yang sedap dan mempunyai kelasnya yang tersendiri. Durian di sini dikatakan mempunyai rasa yang enak kerana tanahnya yang berbukit dan berhampiran dengan banjaran. Durian Batu Kurau sangat terkenal dikawasan utara Semenanjung Malaysia dan kini semakin popular dikawasan Lembah Klang amnya.

Selain daripada itu, Batu Kurau juga terkenal dengan IKAN TENGAS yang banyak dimana ikan-ikan ini boleh didapati di air yang mengalir laju dan jernih airnya dan biasa ditemui di kawasan sungai berbatu di kawasan tanah tinggi. Antara sungai yang menjadi habitat utama bagi ikan tengas di daerah Batu Kurau seperti Sungai Lata Sempeneh, Sungai Lata Air Hitam, Sungai Lata Telaga Tujuh dan Sungai Lata Puteh.

Selain daripada durian & ikan tengas, antara faktor lain tarikan pelancong tempatan untuk datang berkunjung kesini adalah terdapatnya banyak kawasan air terjun yang sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan perkelahan keluarga yang menarik. Para pengunjung tentunya akan terpesona dengan pemandangan alam sekeliling yang hijau,air terjun yang jernih dan sejuk.

Ketika ini nama Batu Kurau menjadi perbualan orang ramai berikutan dengan penemuan BUNGA RAFFLESIA ataupun dikenali sebagai Bunga Pakma oleh seorang pekebun yang ditemui ketika menebas dikebunnya di daerah Batu Kurau.


BATU KURAU ECO RUN 2019


Dalam usaha untuk memperkenalkan lagi dan mempromosi kelebihan serta keindahan eco pelancongan yang terdapat di Batu Kurau, Pihak Penganjur iaitu Majlis Belia Malaysia (MBM) & Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dengan kerjasama Persatuan Ikan Tengas Malaysia (MCMA) & Pejabat Penyelaras Dun N07 Batu Kurau akan menganjur satu larian santai yang dinamakan sebagai “Batu Kurau Eco Run 2019” yang akan berlansung pada September ini.


batu kurau eco run 2019

KETERANGAN PROGRAM

Keterangan Program

ISNIN

Tarikh & Masa

16hb September 2019

7.00 Pagi

Tempat

Padang Astaka

Batu Kurau, Perak.

Keterangan Penganjur

Penganjur Utama :

Majlis Belia Malaysia

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung

Urusetia

Nombor Telefon :
012-8081486

KATEGORI & PEMBAYARAN

Kategori
5 km Terbuka (19 tahun & keatas)

Kategori SMK
(13 – 18 tahun)

Jenis & Jarak
Larian – 5 km

Bayaran Penyertaan
*RM 55.00

( Terhad kepada 20 pendaftaran sahaja lagi )

Pelajar Sekolah
*Percuma

(13 thn – 18 thn )

NOTA 1 : Pendaftaran adalah terhad kepada 200 peserta sahaja.
NOTA 2 : Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 31hb Ogos 2019.
NOTA 3 : Tarikh tutup pendaftaran bagi pelajar adalah pada 5hb September 2019.
NOTA 4 : Tarikh akhir untuk urusan pos setiap pek perlumbaan adalah pada 5hb September 2019. Selepas daripada tarikh tersebut, kesemua pek perlumbaan akan diserahkan untuk collection di Pejabat Penyelaras Dun N07 Baru Kurau atau collect pada hari event.
NOTA 5 : * Bayaran penyertaan TIDAK termasuk caj pos RM 10 bagi setiap penghantaran set perlumbaan.

ATURCARA PROGRAM

6.00 Pagi
Ketibaan & Pendaftaran Peserta/Pengambilan Pek Perlumbaan

7.00 Pagi
Sessi Memanaskan Badan – Tarian Zumba

8.00 Pagi – 10.00 Pagi
Acara Larian Berlansung

10.00 Pagi – 11.00 Pagi
Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang & Acara Cabutan Bertuah

NOTA : Bagi mengelakkan kesesakan/kelewatan sewaktu pendaftaran dihari program bermula, pihak kami akan menghantar setiap baju, medal & nombor tag melalui pos selepas tarikh tutup pendaftaran awal (yang mana berkenaan) & collection/pengambilan boleh dibuat bermula daripada 9hb September 2019 ( Akan diumumkan kemudian )

PEK PERLUMBAAN & INFORMASI LAIN



SAIZ T-SHIRT


PENDAFTARAN TELAH DITUTUP


Untuk makluman semua, pendaftaran telah ditutup sepenuhnya. Kami tidak lagi akan menerima sebarang pendaftaran baru.

RACEPACK COLLECTION


PEJABAT PENYELARAS DUN N07 BATU KURAU

NO 5, LORONG KA 6, TAMAN KURAU AMAN, 34500 BATU KURAU, PERAK.


NOTA : Untuk pengambilan pek perlumbaan, anda boleh datang ke Pejabat Penyelaras Dun N07 Batu Kurau mulai 10 September 2019
Sila buat temujanji terlebih dahulu dengan Cik Nur Aishah Atiqah di talian 013-4010082 sebelum anda datang kepejabat untuk mengambil pack anda.
Waktu Pejabat adalah daripada jam 10 Pagi hingga 5 Petang sahaja.

EKSKLUSIF UNTUK PELAJAR SEKOLAH


Terbuka kepada semua pelajar sekolah yang berumur 13 tahun (atau tingkatan 1) hingga berumur 18 tahun/dibawah 19 tahun (atau tingkatan 6) pada tarikh program, layak untuk menyertai pertandingan secara PERCUMA.

Tiada sebarang yuran penyertaan dikenakan kecuali peserta ingin mendapatkan Pek Perlumbaan rasmi program ini (T-Shirt & Medal).

Kategori terbahagi kepada dua iaitu untuk pelajar lelaki & pelajar wanita.

Hadiah wang tunai akan diberikan kepada pemenang tempat Pertama hingga Kelima sahaja, manakala tempat Keenam hingga Sepuluh akan menerima medal.

Borang Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga

Sila muat turun & cetak Surat Akuan Kebenaran Ibu Bapa diatas ini dan setelah ditandatangani, buat pendaftaran melalui link pelajar diatas dan hantar imej/gambar surat tersebut menerusi aplikasi Whatsapp 012-8081486.

Peringatan : Hanya pelajar/remaja yang mempunyai surat kebenaran daripada Ibu Bapa sahaja dibenarkan mengikuti program ini.


KATEGORI KHAS SMK



Kategori Khas SMK ini adalah satu kategori program larian bagi pelajar-pelajar tiga sekolah menengah utama yang terpilih di kawasan Batu Kurau.

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Kamaruddin
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Perak
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai

Syarat utama bagi melayakkan pelajar-pelajar tersebut berpeluang memenangi kategori khas ini adalah, dengan penyertaan seramai 100 orang keatas bagi setiap sekolah diatas. Sistem pendaftaran kami akan menyaring pendaftaran pelajar mengikut sekolah-sekolah berkenaan. Sekiranya penyertaan daripada pelajar-pelajar daripada sekolah terbabit melebihi 100 orang (campuran lelaki & perempuan), secara automatis mereka berpeluang mendapat hadiah drp Kategori Khas SMK dan juga daripada Kategori Terbuka Pelajar Sekolah sekiranya mereka menang.
Sila dapatkan borang kebenaran ibu bapa/penjaga daripada pihak sekolah anda dan klik pada link dibawah untuk pendaftaran.


Surat Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga

LALUAN PERLUMBAAN

PENAJA RASMI

firdausy banner
Klik Imej Untuk Kunjungi Laman Web Penaja

PENGUMUMAN RASMI


22hb Julai 2019 :
Adalah dinyatakan disini bahawa tiada sebarang hadiah ditawarkan untuk pemenang atau kategori dipertandingkan. Yuran penyertaan adalah untuk membiayai kos cetakan/pembelian T-Shirt perlumbaan, Medal dan Kos Penganjuran. Ini bermaksud setiap peserta yang membayar yuran penyertaan akan diberikan baju T-Shirt & Medal.

Walau bagaimanapun, pihak penganjur sedang berunding dengan bakal penaja-penaja lain bagi membiayai pemberian hadiah untuk para pemenang. Sekiranya ada penaja yang bersedia menyumbang, pihak penganjur akan menyatakan Jenis Hadiah, Kategori dan lain-lain perkara yang berkaitan, di laman web ini dan juga di laman FACEBOOK rasmi kami.

Terima Kasih kerana menyertai larian seumpama ini yang julung kali dianjurkan di daerah Batu Kurau. Tunggu pengumuman secara rasmi daripada pihak kami selanjutnya.

1 hb Ogos 2019 :
Untuk semua pelajar sekolah yang mengambil bahagian mulai 1hb Ogos 2019, penyertaan adalah PERCUMA dan hadiah berupa wang tunai & medal disediakan oleh penaja rasmi, daripada tempat Pertama hingga tempat Kelima mengikut kategori bagi Lelaki & Perempuan.
Nota : Perlu diingatkan, tiada sebarang T-Shirt perlumbaan akan diberikan, hanya nombor tag sahaja.
Bagi pelajar yang berdaftar mengikut ibu/bapa dan membuat pembayaran, mereka akan menerima T-Shirt, Medal dan juga LAYAK untuk menerima hadiah wang tunai sekiranya menang.

5 hb Ogos 2019 :
Penyertaan percuma bagi kategori pelajar sekolah dibuka daripada umur 13 tahun atau tingkatan 1 ( lahir tahun 2006 ) hingga berumur 18 tahun / dibawah umur 19 tahun pada tarikh program berlansung atau tingkatan 6 ( lahir tahun 2000 ).
Pelajar yang mengambil bahagian akan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai yang disediakan.

30hb Ogos 2019 :
Makluman Terbaru, tarikh tutup bagi Pendaftaran telah dilanjutkan hingga ke 31hb Ogos 2019. Pendaftaran pelajar pula ditutup pada 5hb September 2019.

Peringatan untuk Pelajar :
Sekiranya anda telah mendaftarkan diri tetapi belum memberi surat kebenaran daripada Ibu Bapa/Penjaga kepada urusetia, selepas 5hb September, pihak urusetia akan menggugurkan penyertaan anda. Ini adalah kerana pihak urusetia tidak lagi boleh membuat pendaftaran nama untuk insuran bagi program ini selepas tarikh tersebut. Sila hantar gambar surat kebenaran berkenaan melalui email team.youthpower@gmail.com ataupun melalui whatsapp 012-8081486.

Pihak urusetia ada membuat tempahan extra bagi beberapa size (S,M,L,XL) untuk menampung penyertaan selepas daripada tarikh 18hb Ogos. Seandainya tiada size untuk stok tambahan, T-shirt dan Medal anda akan dihantar secara pos 1-2 minggu selepas program berlansung.

Harap Maklum. Terima Kasih.

PENGINAPAN HOMESTAY
Kepada anda yang ingin menyertai larian ini dan berhasrat untuk mencari penginapan, dibawah ini disertakan nama-nama chalet & homestay yang berdekatan.

1. Chalet Latip 019-7522764
2. Hanis Homestay 013-5030874 & 019-4301971
3. Kurau Stone Chalet 019-4082511 & 018-7778596
4. Wadi Abi Homestay 012-5717623
5. Sempeneh River Front Chalet 019-5001640